by

Laluan lima kampung dinaiki air

News Sources:

GUA MUSANG: Hujan berterusan sejak tiga hari lalu menyebabkan laluan masuk ke lima buah kampung di daerah ini ditenggelami air hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Sik Choon Foo berkata, penduduk bagaimanapun masih belum berpindah ke mana-mana pusat pemindahan sementara (PPS).

Kata beliau, paras air sungai di tiga sungai utama termasuk Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Lebir kini di paras amaran. 

Katanya, air sungai telah melimpahi ke beberapa kawasan seperti laluan masuk ke Kampung Limau Kasturi, Kampung Batu 11, Kampung Batu 12, Kampung Pasir Linggi dan Kampung Aring 5.

“Di Kampung Limau Kasturi terdapat kira-kira 10 buah rumah yang air sungai sudah mencecah tangga rumah tetapi penghuninya masih belum berpindah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Limau Kasturi, Saodah Mahmud, 60, berkata, dalam tempoh dua bulan ini sudah tiga kali air sungai naik sehingga melimpahi tebing.

“Hari ini kami sudah mengemas barang untuk disimpan di tempat tinggi dan akan berpindah sekiranya air terus naik.

“Setiap tahun saya bersama tiga lagi keluarga lain sudah lali berdepan banjir kerana rumah kami terletak di pinggir Sungai Galas,” katanya. -UTUSAN ONLINE

The post Laluan lima kampung dinaiki air appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed