by

Langgar penunggang GrabFood, empat penyamun diberkas

News Sources:

KUALA LUMPUR: Tindakan empat penjenayah melarikan diri selepas melakukan samun di sebuah rumah tumpas selepas mereka akhirnya diberkas pihak berkuasa.

Berdasarkan maklumat awal difahamkan keempat-empat suspek dipercayai tidak sedarkan diri ketika ini selepas pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kenderaan Perodua Axia yang dinaiki mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, terdahulu, keempat suspek dikatakan telah memecah masuk sebuah rumah di sekitar Sungai Buloh sebelum bertindak melarikan diri.

Kenderaan yang dinaiki suspek kemudiannya dikejar pihak berkuasa menyebabkan mereka melanggar dan menggilis seorang penunggang motorsikal GrabFood.

“Disebabkan itu, pihak berkuasa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta mereka demi mempertahankan pasukan dan orang awam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat empat lelaki masih dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua suspek dikatakan masih berada di lokasi kejadian. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed