by

Lanjutan sehingga 20 Januari  PKPD Amber Court, Pusat Akhlak Muar

News Sources:

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan melanjutkan lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti selama 14 hari sehingga 20 Januari depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lokaliti itu adalah Apartmen Amber Court di Jalan Genting, Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor  yang dijadualkan tamat PKPD esok.

“Namun, Kementerian Kesihatan mengesahkan ujian saringan kedua-dua lokaliti itu masih perlu dijalankan kepada sebahagian kontak rapat dan ada risiko tinggi jangkitan,” katanya melalui kenyataan.

Beliau menambah, sehingga kini, kementerian itu telah melaksanakan 1,180 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 454 kes positif Covid-19 yang berjaya direkodkan.

Justeru ujar Ismail Sabri lagi, atas penilaian risiko dan nasihat oleh kementerian berkenaan, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD selama tempoh dua minggu yang bermula 7 Januari ini.

]Kata Ismail Sabri, terdapat pertambahan kes positif harian yang direkodkan kementerian itu dan sebanyak 38 baki sampel saringan didapati masih menunggu keputusan rasmi ujian makmal.

Setakat ini, ujar Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan sudah pun melaksanakan 827 ujian saringan dan sebanyak 40 kes positif Covid-19 yang sudah direkodkan di lokaliti berkenaan. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed