by

Lapan lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini

News Sources:

PETALING JAYA: Lapan lagi kluster baharu Covid-19 ki kesan hari ini dengan enam daripadanya melibatkan tempat kerja.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Pulau Pinang dan Labuan.

NOOR HISHAM ABDULLAH

Katanya, bagi Kluster Pekapuri yang merupakan kluster tempat kerja di Selangor melibatkan daerah Gombak, dengan kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif pada hari ini melalui saringan bersasar di tempat kerja.

“Sehingga kini, sejumlah 769 individu telah disaring dan seramai 202 kes telah dikesan positif bagi kluster ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau memberitahu, bagi Kluster Batu Besar yang melibatkan daerah Klang di Selangor, kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif pada 18 Dis melalui saringan bersasar di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, sejumlah 546 individu telah disaring dan seramai 59 kes dikesan positif,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed