by

Lapan SJR di Kulim dibuka semula

News Sources:

KULIM: Sebanyak lapan sekatan jalan raya (SJR)  di Mukim Sungai Seluang di sini yang ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 27 November lalu dibuka semula tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, kesemua laluan itu dibuka tepat pada pukul 12 tengah malam selepas PKPD di kawasan itu ditamatkan lebih awal pada 20 November.

Katanya, pembukaan semula  SJR itu melibatkan seramai 60 pegawai dan anggota pelbagai agensi keselamatan termasuk polis dan tentera yang  bertugas pada malam semalam.

“Walaupun PKPD ditamatkan lebih awal, saya ingin menasihatkan penduduk di kawasan dan daerah ini supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 25 November lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD di taman perumahan di Mukim Sungai Seluang  di sini  telah bermula 27 November hingga 10 Disember lalu.

Bagaimanapun, JSR disambung sehingga 24 Disember berikutan terdapat 50 kes positif yang direkodkan melibatkan Kluster Bayam Indah, selepas Kementerian Kesihatan melaksanakan sebanyak 197 ujian saringan bersasar.

Namun, pada 19  Disember, MKN mengumumkan PKPD di Mukim Seluang ditamatkan lebih awal iaitu sehingga 20 Disember.

Menurut Azhar, pelaksanaan  PKPD yang dilaksanakan 24 November  hingga 29 Disember lalu  didapati tiada kes baharu Covid-19 dilaporkan. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed