by

Laporkan pada MTUC isu pemotongan gaji pekerja

News Sources:

PETALING JAYA: Mana-mana pekerja syarikat perkhidmatan kurier J&T Ekspress yang terpalit dalam isu pemotongan gaji, komisyen atau kerja lebih masa disarankan mengemukakan aduan kepada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Timbalan Presidennya, Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, ini bagi memberikan keadilan sewajarnya kepada pekerja yang terjejas di tengah-tengah penularan wabak Covid-19.

Katanya, sebagai tindakan awal, MTUC telah memaklumkan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja berkaitan isu tersebut selain berharap mengadakan perbincangan antara kedua-dua pihak sebaik sahaja siasatan selesai bagi mengenal pasti punca dan tindakan penyelesaian untuk pekerja terbabit.

Antara lain, MTUC turut menggesa kepada Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk bertindak segera bagi membendung isu yang berlaku.

“Pihak berwajib mesti memantau dan membuat pemeriksaan berkala sebagai salah satu langkah bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang terhadap pekerja sektor ini seterusnya mereka tidak diiskriminasikan oleh majikan mereka.

“Siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti isu sebenar sama ada melibatkan kebajikan ataupun pendapatan mereka tidak kiralah pekerja tetap, kontrak atau sambilan.

“Sekiranya pihak Pengurusan J&T Ekpress telah melanggar dan mengabaikan pekerja-pekerja mereka maka tindakan tegas perlu diambil dan semua pekerja syarikat ini hendaklah mendapat kebajikan dan bayaran yang setimpal sewajarnya daripada majikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 15 saat yang menunjukkan beberapa pekerja J&T dilihat melemparkan barangan sambil disambut teriakan oleh pekerja lain.

Difahamkan, tindakan pekerja terbabit dikatakan berpunca disebabkan soal komisyen dan gaji. Sementara itu, J&T Express Malaysia Perak dalam kenyataannya meminta maaf atas sikap pekerja mereka dalam urusan mengagihkan bungkusan.

Dalam pada itu, Mohd. Effendy berkata, semasa pertemuan bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Saravanan dan Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia baru-baru ini berkaitan kebajikan dan pembayaran komisen, MTUC telah mencadangkan agar isu seperti tiada kontrak pekerjaan, pemotongan komisen serta kelewatan pembayaran gaji mahupun lebih masa perlu diambil perhatian serius dan diselaraskan kerajaan.

“Undang-undang sedia ada juga perlu dikaji semula agar kebajikan pekerja dalam sektor penghantaran menerima upah setimpal,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed