by

Lawan dulu sebelum bayar – PBNP

News Sources:

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) tidak akan terus membayar denda AS$1.2 juta (RM4.9 juta) yang diarahkan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada Mohamadou Sumareh.

Walaupun akur dengan hukuman yang dikenakan badan bola sepak dunia itu kerana Sumareh berjaya mengaktifkan klausa 8.7 tetapi PBNP tidak mudah menyerah kalah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC, Datuk Muhammed Suffian Awang menjelaskan, arahan FIFA masih di peringkat awal dan boleh dirayu.

Beliau menyerahkan kepada peguam PBNP untuk membuat alasan penghakiman dan remidi selanjutnya.

“PBNP akur dengan arahan FIFA tersebut tetapi masih ada proses perundangan yang boleh dilakukan dalam kes tuntutan membabitkan Sumareh,” kata­nya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Kata Muhammed Suffian, PBNP akan membawa kes ke Mahkamah Timbang Tara Sukan bagi mengelakkan ia berpanjangan, sambil berharap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak berdiam diri.

Ini kerana, Pahang juga akan berdepan tindakan sekatan penghijrahan pemain dan pemotongan mata jika gagal mematuhi arahan FIFA.
Sumareh mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga 2022 tetapi tidak turun beraksi sejak Ogos tahun lalu.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed