by

Lebih 2 juta tonton Minggu Saham Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Minggu Saham Digital (MSD) mencatatkan lebih dua juta tontonan dalam tempoh tujuh hari penganjurannya.

Program itu yang merupakan adaptasi digital untuk Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut merekodkan 7.5 juta capaian unik di Facebook rasminya.

MSD mencatat 2.2 juta tontonan terkumpul melalui tiga saluran laman rasminya, iaitu Facebook, Youtube dan laman web dengan 11.5 juta tayangan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, jumlah tontonan yang dicapai program didik hibur yang bertujuan untuk meningkatkan kecelikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia itu adalah luar biasa dan di luar jangkaan mereka.

“Langkah menuju penganjuran Minggu Saham secara digital telah membantu kami memperluas jangkauan kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang MSD mencatat penyertaan yang memberangsangkan dengan laman web rasminya telah dikunjungi sebanyak 1.3 juta kali, peraduan Eh Mana Kod? Meraih lebih 540,000 penyertaan daripada lebih 27,000 peserta manakala konsert mega maya Pass The Mic! Mencatatkan lebih daripada 80,000 tontonan.

MSD dijalankan selama tujuh hari bermula 18 sehingga 24 November lalu dan menyediakan lebih 70 program didik hibur selain menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000 melalui pelbagai peraduan yang dijalankan.

Linclon Sengalang Anak Juing, 24, dari Sarawak diumumkan pemenang utama peraduan Eh Mana Kod? dengan memenangi Ford Ranger 2.0L XLTPlus 4WD. Sementara Iffah Sorfina Mohamad Naim, 19, dari Kuala Lumpur pula memenangi peraduan Say What dan membawa pulang Perodua Aruz. – UTUSAN

The post Lebih 2 juta tonton Minggu Saham Digital appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed