by

Lelaki buang anak kekasih berdepan hukuman mati

News Sources:

MELAKA: Seorang remaja lelaki yang dipercayai membuang bayi dilahirkan teman wanitanya di dalam semak pada 29 Mac lalu berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. 

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada  Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 19, sebaik spertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. 

Tertuduh didakwa membunuh seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya antara pukul 12.01 pagi hingga 10.30 malam. 

Kejadian itu dilakukan di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas Islam Ahmadiah dalam daerah Melaka Tengah pada 29 Mac lalu. 

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah  menetapkan tarikh 19 Mei depan sebagai sebutan semula kes dan  menunggu laporan bedah siasat. 

Sebelum ini, Utusan Malaysia pada 31 Mac lalu melaporkan sepasang kekasih masing-masing berusia 18 dan 17 tahun diberkas polis selepas dipercayai membuang bayi lelaki mereka baru dilahirkan di dalam semak sehingga menyebabkannya meninggal dunia. – UTUSAN

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed