by

Lelaki cedera motosikal langgar lembu

News Sources:

PASIR GUDANG: Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu di Loji Sultan Iskandar, Kampung Cahaya Baru, di sini awal pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II, Iszahwati Supardi berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 1.15 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota beserta dua jentera dari BBP Pasir Gudang ditugaskan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 25 tahun cedera selepas motosikal jenis Honda EX5 ditunggangnya melanggar seekor lembu.

“Mangsa, Muhammad Asyraf Azhar kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, operasi berkenaan kemudian ditamatkan pada pukul 1.57 pagi. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed