by

Lelaki ditahan selepas ragut, curi motosikal

News Sources:

KULIM: Seorang lelaki ditahan polis selepas enam jam meragut seorang warga emas di Taman Selasih, di sini semalam.

Penganggur berusia 21 tahun itu melakukan perbuatan tersebut mengunakan motosikal yang turut dicurinya kira-kira 650 meter dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, ketika kejadian mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun sedang mengunakan telefon pintar jenis Samsung Galaxy J1.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki menghampirinya sebelum meragut telefon daripada tangan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata, mangsa terkejut dengan kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal, malah mangsa turut mengecam nombor pendaftaran motosikal penjenayah terbabit.

Jelasnya, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran mengenai kejadian ragut itu kira-kira sejam kemudian.

“Susulan laporan itu, sepasukan anggota polis yang membuat rondaan di Taman Selasih telah menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan berhampiran Klinik Kesihatan di situ.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa menunggang motosikal yang dilaporkan dicuri di daerah ini dalam tempoh 24 jam dan memiliki sebuah telefon pintar jenama Samsung Galaxy J1 dipercayai diragut sebelum itu,”jelasnya.

Jelasnya, suspek mengaku terlibat dalam kejadian meragut mangsa dan mencuri tiga buah motosikal termasuk di sebuah kedai serbaneka di sini.

Menurut Azhar, pemeriksaan lanjut mendapati suspek seorang penggangur dan berasal dari Johor serta mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Tambahnya, suspek itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A kanun yang sama. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed