by

Lelaki jumpa kapal Titanic dihalang cari MH370

News Sources:

LONDON: Seorang peneroka laut terkenal yang pernah menemukan kapal Titanic mendedahkan dirinya dihalang daripada menyertai misi pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.

Lapor Daily Star, Bob Ballard yang pernah menemukan kapal di dasar Laut Atlantik pada 1985 berkata, dia menawarkan diri untuk membantu mencari pesawat yang hilang sejak tujuh tahun lalu.

Kataya, usahanya itu dihalang oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan itu.

“Saya adalah orang pertama yang menghubungi Australia yang mengetuai pencarian di sana.

“Sekalipun mereka tidak mahu menggunakan aset yang saya ada, tetapi saya tahu bagaimana hendak mencari pesawat yang hilang.

“Saya masih berharap dapat menemukan pesawat itu. Malah, saya berasa sangat gembira untuk menyumbangkan kepakaran, tetapi mereka tetap tidak mengizinkan,” katanya.

Pesawat MH370 melakukan perjalanan ke Beijing, China sebelum terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

Menurut Ballard, penggunaan teknologi baharu dapat meningkatkan peluang pencarian kapal terbang yang membawa 227 penumpang dan 12 kru kabin.

Jelasnya, kemunculan kenderaan autonomi dapat digunakan untuk menjelajah dasar laut yang luas.

Dia kini merancang melancarkan pencarian kedua pesawat perintis Amerika Syarikat, Amelia Earhart yang hilang di Lautan Pasifik sejak 1937.

Walaupun percubaan pertama Ballard pada 2019 gagal, namun, ia tetap memberikan peluang kepada dirinya mencuba teknologi terkini semasa pencarian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed