by

Lelaki lawan pandu arus dipercayai hidap sawan

News Sources:

KUALA LANGAT: Individu yang memandu secara melawan arus  di Kilometer 1, Jalan Banting, Jugra, dekat sini, kelmarin dipercayai menghidap sawan dan tidak menyedari perbuatannya itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah,, Deputi Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di tempat kerjanya di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

Katanya, suspek tidak menyedari memandu kenderaan secara melawan arus setelah orang awam menegur kesalahannya itu.

“Semakan mendapati suspek mengalami penyakit sawan sejak dua tahun lalu dan menerima rawatan di Hospital Banting dan Hospital Sri Kota, Klang. 

“Malah, suspek juga menerima rawatan setiap dua bulan dengan mengambil ubat disarankan dengan kali terakhir rawatan pada Oktober lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Kamalariffin, siasatan mendapati suspek memberhentikan kenderaan di tepi jalan sekiranya diserang penyakit tersebut.

“Suspek juga menjalani ujian darah bagi tujuan laporan toksikologi dadah dan alkohol di Hospital Banting bagi mengenal pasti sama ada suspek memang disahkan mengalami sawan semasa kejadian tersebut. 

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan trafik iaitu mengabaikan isyarat lalu lintas dan memandu secara laju,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed