by

Lelaki mabuk ditahan, dikompaun keluar tanpa kebenaran sah

News Sources:

PORT DICKSON: Seorang lelaki ditahan kerana dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Kilometer 2 Jalan Air Kuning-Rantau dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika memandu sebuah kereta jenis Proton Saga bersama seorang lagi penumpang dipercayai rakannya pada pukul 9.40 malam.

“Semasa pihak polis menjalankan Op Mabuk suspek dilihat mencurigakan dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Trafik dan diarahkan menjalani ujian saringan alkohol dan keputusan kandungan alkohol menunjukkan paras 237MG alkohol/100ML darah melebihi paras ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Aidi Sham, pemandu kenderaan tersebut bersama penumpang berusia 65 tahun turut dikenakan kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana memandu tanpa alasan atau kebenaran yang sah. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed