by

Lelaki maut, kereta kancil langgar belakang treler

News Sources:

BENTONG: Lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Kancil dipandunya melanggar belakang sebuah lori treler di Kilometer 4 Jalan Bentong-Gombak di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi itu berlaku ketika mangsa, K. Anantha Raj, 24, dalam perjalanan ke arah Gombak.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke seberang jalan sebelum melanggar belakang lori treler yang berada di tepi jalan.  

“Akibat kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zaiham, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 dan siasatan masih giat dijalankan.

“Polis meminta saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.  

“Polis menasihatkan orang ramai yang memandu dan menunggang kenderaan agar berhati-hati dan patuhi peraturan lalu lintas,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed