by

Lelaki maut tercampak 20 meter

News Sources:

SEREMBAN: Seorang pemandu kereta maut selepas tercampak keluar dari kenderaannya dalam nahas jalan raya di Kilometer 227 Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Fazley Ab. Rahman berkata, mangsa, S. Punginisvaran, 33, yang memandu kereta Proton Iswara dari Seremban menghala ke Nilai dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan kenderaannya terbalik ke kiri jalan di laluan kecemasan. Mangsa dipercayai tercampak keluar lebih kurang 20 meter daripada tempat kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan kepala dan badan dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Fazley, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

The post Lelaki maut tercampak 20 meter appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed