by

Lelaki maut terkena percikan kilat

News Sources:

BANDAR BAHARU: Seorang lelaki maut selepas terkena percikan kilat ketika melakukan kerja memotong rumput di sebuah kebun durian di Bukit Limau, Permatang Kerat Telunjuk di sini pada petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Mohd. Isa Abdul Rani, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Akmal Hizam Abd. Khupur berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira pukul 5 petang kelmarin.

Katanya, hasil siasatan awal dipercayai mangsa bersama dua orang rakannya sedang memotong besi di bawah pondok rehat di kawasan kebun itu.

“Memandangkan keadaan cuaca yang gelap kerana mahu hujan selain disertai kilat dan guruh, mangsa kemudian menghentikan kerja dan berbual bersama rakannya.

“Sambil berbual, mangsa berbaring di bawah pondok itu dan pada ketika itu berlaku hujan lebat serta petir,” katanya di sini hari ini.

Ujar beliau, seorang rakan mangsa kemudian ternampak percikan api kilat meletup dan memanah ke arah kawasan yang berlopak di kawasan pondok tersebut.

“Rakannya terkejut sambil menjerit dan terus berlari menyelamatkan diri ke tepi pondok,” jelasnya.

Menurut Akmal Hizam, rakannya itu kemudian memanggil mangsa beberapa kali tetapi tiada respons dan hanya kaki mangsa bergerak sedikit.

“Rakan mangsa kemudian menghubungi penyelia kebun untuk bantuan sebelum pegawai perubatan yang tiba mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Tambahnya, kedudukan mangsa dengan tempat panahan petir adalah kira-kira tiga meter.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan punca kematian mangsa adalah disebabkan panahan petir,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed