by

Lelaki miliki 20 rekod pecah cermin kereta ditahan polis 

News Sources:

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta untuk mencuri di pekarangan Dataran C180, Cheras, dekat sini kelmarin mengundang padah apabila dia ditahan polis.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, satu laporan polis diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun yang memaklumkan cermin kereta sebelah kiri miliknya dipecahkan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn kemudiannya menahan seorang lelaki tempatan di lokasi terbabit dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

“Semakan mendapati suspek berusia 46 tahun itu memiliki 20 rekod jenayah termasuk kes pecah cermin kereta dan curi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaid berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes berkenaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara dan didenda serta dikenakan sebatan bagi kesalahan kedua.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Affiq Shahmey di talian 013-2490964 atau mana-mana balai polis berhampiran,” jelasnya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed