by

Lemas ketika mahu hulur beras

News Sources:

KUALA LUMPUR: Persatuan Orang Kuat Malaysia hari ini mengesahkan seorang atletnya, Roslihisamsudin Suliman atau lebih dikenali sebagai Atan menjadi mangsa korban banjir.

Presidennya, Zainurizzaman Moharam dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham terkorban ketika terlibat dalam operasi membantu penduduk setempat menghadapi musibah banjir di Maran, Pahang.

“Hari yang duka buat negara, atlet Orang Kuat Malaysia Negeri Pahang, Atan disahkan menjadi mangsa korban banjir.

“Allahyarham yang aktif dalam sukan orang kuat telah terkorban ketika terlibat sama dalam operasi membantu penduduk setempat yang berhadapan dengan musibah banjir di Maran, Pahang.

“Takziah diucapkan ke atas keluarga Allahyarham. Semoga tabah dengan ujian yang dihadapi. Didoakan agar rohnya dicucuri rahmat,” katanya dalam kenyataan tersebut hari ini.

Difahamkan, Allahyarham lemas ketika cuba menghantar bantuan beras kepada jiran.

Lebih memilukan, insiden tersebut berlaku di depan mata isteri Allahyarham.

Antara kata-kata ‘trademark’ Allahyarham selaku atlet orang kuat, “Latihan pukul 4 pagi saya OK”.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed