by

Letak jawatan kerana ugut wartawan

News Sources:

WASHINGTON: Timbalan Setiausaha Akhbar White House, TJ Ducklo meletakkan jawatan sehari selepas dia digantung berhubung ancaman berbaur seks dan kelakukan tidak senonoh terhadap seorang wartawan yang membongkar hubungannya dengan wartawan lain.

Ducklo digantung kerja selama seminggu tanpa bayaran gaji selepas laporan dalam Vanity Fair yang mendedahkan ancaman seks terhadap wartawan politik, Tara Palmeri yang cuba membongkar kisah hubungan sulitnya itu dengan memberitahu: “Saya akan musnahkan anda”.

Menurut Vanity Fair, Ducklo memuat naik komen berbentuk penghinaan terhadap Palmeri dan menuduhnya cemburu.

Palmeri menyiasat mengenai hubungan wartawan politik, Alexi McCammond yang membuat liputan kempen pilihan raya Joe Biden itu di Axios.

Menerusi kenyataan, Ducklo berkata, dia berasa malu dan kecewa dengan rakan sekerja di White House dan Presiden Biden.

“Tiada perkataan dapat menggambarkan kekecewaan dan kejijikan perbuatan saya. Saya menggunakan bahasa yang tidak perlu didengar oleh wanita, terutama dalam situasi di mana dia hanya berusaha melakukan tugasnya. Itu adalah bahasa yang menjijikkan, tidak sopan dan tidak dapat diterima,” katanya.

Beberapa pihak mengkritik Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kerana gagal mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap kakitangan White House tersebut.

Sebelum ini, Biden pernah memaklumkan beliau akan memecat mana-mana kakitangan yang didapati berkelakuan tidak sopan dengan rakan sekerja lain. -AP

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed