by

Liga Perdana Inggeris tangguh lagi?

News Sources:

LONDON: Pandemik Covid-19 kembali mengancam bola sepak England dengan aksi Liga Perdana (EPL) dan Liga England (EFL) berdepan risiko ditangguhkan sekali lagi.

Semalam, aksi Manchester City dan Everton dibatalkan empat jam sebelum perlawanan bermula selepas beberapa kes baharu Covid-19 dicatatkan oleh City.

Kes terbaharu itu hadir tiga hari selepas skuad The Citizens mencatat empat kes positif, dua daripadanya melibatkan pemain Kyle Walker dan Gabriel Jesus.

AKSI Everton menentang Manchester City semalam ditangguhkan empat jam sebelum perlawanan.

Kelab Liga Satu, Doncaster dan Rochdale pula terpaksa melupakan dua serta tiga aksi berikutnya, manakala kelab Liga Dua, Morecambe mengumumkan dua perlawanan mereka dibatalkan.

Sheffield United juga mencatat kes penularan Covid-19 menjelang aksi Liga Perdana menentang Burnley pagi tadi, namun perlawanan tetap diteruskan dan mereka kalah 1-0.

Pertemuan Southampton menentang West Ham pagi juga diteruskan walaupun jurulatih mereka, Ralph Hassenhuttl mengasingkan diri di rumah selepas seorang daripada keluarganya diuji positif.

Fulham juga melaporkan beberapa kes menjelang pertemuan mereka dengan Tottenham pagi ini dan tiada permintaan untuk menangguhkan perlawanan itu.

Penganjur Liga Perdana mengesahkan 18 positif daripada 1,479 ujian dilakukan antara 21 hingga 27 Disember, melebihi rekod 16 positif dalam seminggu pada November.

Jumlah itu tidak termasuk keputusan terkini ujian City atau Sheffield.

Jika peningkatan kes terus berlaku ia akan membawa kepada tindakan menangguhkan liga, walaupun idea tersebut tidak dibincangkan di peringkat kelab.

Liga Perdana difahamkan sedang mengkaji protokol liga untuk melihat sama ada boleh diperketatkan peraturan sedia ada bagi membendung penularan wabak berkenaan. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed