by

Lima beg mayat mengandungi cebisan daging mangsa

News Sources:

JAKARTA: Sebanyak tiga beg mengandungi serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air dan lma beg cebisan daging mangsa tiba di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Terminal Kontena Jakarta di Tanjung priok, di sini hari ini.

Lapor Kompas.com, serpihan badan pesawat akan diserahkan ke Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT), manakala beg yang mengandungi cebisan daging manusia diserahkan kepada polis.

“Kami sudah menerima beberapa barang bukti berupa serpihan bangkai pesawat dan cebisan daging manusia yang disyaki penumpang pesawat berkenaan,” kata Pengarah Operasi Basarnas, Rasman.

Dalam pada itu, pasukan forensik Hospital Polis Kramat Jati bekerjasama dengan Sriwijaya Air untuk mendapatkan data penumpang termasuk nombor kerusi yang mereka duduki dalam pesawat.

Setakat ini, pasukan forensik sudah menerima data dan laporan daripada 12 keluarga mangsa.

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed