by

Lima lagi exco Perak angkat sumpah petang ini

News Sources:

IPOH: Lima lagi exco kerajaan negeri Perak akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta pukul 5 petang ini.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, tiada sebarang liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan dibenarkan di dalam istana berikutan Sultan Nazrin mahu majlis itu diadakan seringkas mungkin.

Beliau berkata, Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad juga dititahkan menghadap sebentar tadi bagi memohon perkenan senarai tambahan lantikan lima lagi exco.

“Dalam suasana pandemik Covid-19 ini, Sultan Nazrin berkenan mengadakan majlis seringkas mungkin ia akan dilangsungkan di Istana Kinta dengan hanya membabitkan kehadiran menteri besar, setiausaha kerajaan negeri dan hakim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Istana Kinta selepas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghadap Sultan Nazrin.

Khamis lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik dari Bersatu, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin bersama empat lagi ADUN UMNO dilantik sebagai exco kerajaan negeri Perak

Namun lantikan itu tidak melibatkan ADUN dari Pas.

Zainol Fadzi yang merupakan Setiausaha Bersatu Perak mengangkat sumpah jawatan Exco di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Beliau merupakan Exco kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Empat lagi ADUN yang telah mengangkat sumpah merupakan merupakan Exco sebelum ini adalah ADUN Lintang, Datuk Mohd. Zolkafly Harun; ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, ADUN Kampong Gajah, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan ADUN Bota, Khairul Shahril Mohamed.

Sebelum ini, Pas mempunyai dua exco dalam kerajaan negeri iaitu ADUN Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan ADUN Selama, Mohd. Akmal Kamarudin. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed