by

Lima lagi kluster baharu

News Sources:

PUTRAJAYA: Selangor terus kekal merekodkan kes harian baharu tertinggi Covid-19 iaitu sebanyak 401 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 281 kes dan Sabah, 199 kes.

Sehingga kini, terdapat 112 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), yang mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan dan satu kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,153 kes baharu direkodkan yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 91,969 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 15,294 kes.

“Sebanyak lima kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 176 kes positif baharu yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang
membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes).

“Bagaimanapun, sebanyak 998 kes sembuh direkodkan yang menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 76,242 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

The post Lima lagi kluster baharu appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed