by

Lima tan minyak masak subsidi dirampas

News Sources:

PADANG BESAR: Menjadikan sebuah gudang kosong di kawasan perindustrian di sini sebagai tempat menyimpan minyak masak bersudsidi sebelum diseludup ke Thailand.

Taktik itu bagaimanapun dihidu Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Padang Besar yang merampas sebanyak lima tan metrik atau 5,000 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai kira-kira RM12,500 di sebuah gudang di kawasan perindustrian sekitar Padang Besar, di sini semalam.

Turut ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 1.10 petang itu adalah seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga pemilik gudang berkenaan yang tidak mempunyai lesen atau dokumen sah untuk menyimpan barang tersebut. 

Komander Aksem negeri, Deputi Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, serbuan itu dibuat hasil risikan sejak seminggu lalu.

Katanya, sebanyak 5,000 peket minyak masak bersubsidi melibatkan tiga jenama ditemukan di dalam kotak serta plastik berwarna hijau serta putih yang disorokkan di dalam gudang tersebut.

“Lelaki  yang ditahan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberi di sini hari ini.

Menurut Rodzi, minyak bersubsidi tersebut ketika ini berharga RM2.50 sepeket bagi setiap satu kilogram.

Bagaimanapun katanya, harga itu boleh mencecah sehingga dua kali ganda di negara jiran sekali gus mendorong barangan tersebut di seludup ke Thailand.

Dalam pada itu, KPDNHEP memaklumkan kertas siasatan berhubung kes itu dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN ONLINE 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed