by

Liverpool ‘ketar lutut’ dengan Manchester United?

News Sources:

LONDON: Sedar dengan ancaman yang diberikan oleh musuh ketat mereka, Manchester United dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini, pemain tengah Liverpool, James Milner memberi amaran kepada rakan sepasukannya agar tidak terus keciciran mata.

Liverpool, juara bertahan masih mengungguli liga tetapi berkongsi 33 mata dengan United dan hanya dipisahkan oleh perbezaan gol.

Anak-anak buah Jurgen Klopp berpeluang melebarkan jurang kepada tiga mata jika mengalahkan Southampton awal pagi ini (4 pagi esok waktu Malaysia).

United yang dibimbing Ole Gunnar Solskjaer kini mengharungi 10 perlawanan liga tanpa kalah, termasuk memenangi dua aksi terakhir menentang Wolverhampton dan Aston Villa.

“Saya fikir ia perkara yang positif, tetapi tidak semua orang suka dengan persaingan yang sengit.

“Kami keciciran banyak mata, tetapi kebanyakan pasukan utama kehilangan mata, jadi itu sekurang-kurangnya perkara baik.

“Manchester United mengharungi beberapa perlawanan yang bagus dan mungkin satu-satunya pasukan yang tidak kalah untuk tempoh yang panjang.

“Mulai sekarang, amat penting untuk kami tidak lagi keciciran mata dan mengutip tiga mata penuh dalam setiap perlawanan,” kata Milner.

Klopp menerima perkhabaran baik menjelang pertemuan dengan Southampton apabila bintang tengah, Thiago Alcantara sudah bersedia diturunkan selepas berehat panjang akibat kecederaan.

Milner percaya, kepulangan pemain Sepanyol itu penting dalam meningkatkan kekuatan Reds bagi mempertahankan kejuaraan liga.

Liverpool akan menerima ujian United di Anfield pada 18 Januari ini sebelum bertandang ke Old Trafford pada 1 Mei. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed