by

Liverpool perlu beli 3 pemain baharu untuk bangkit semula

News Sources:

LONDON – Jamie Carragher percaya Liverpool perlu mendapatkan tiga pemain baharu untuk bangkit mencabar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Bekas pemain the Kops itu menegaskan pasukan Jurgen Klopp perlu mengambil pengajaran daripada skuad Manchester City untuk bangkit dari kekalahan di Anfield selepas ini.

Juara bertahan EPL itu menyaksikan peluang mereka untuk mempertahankan gelaran itu pada musim ini berkecai pada Ahad selepas tersungkur 1-4 di tangan anak buah Pep Guardiola.

Liverpool dengan kekalahan itu kini menghuni tangga ke-4 dengan perbezaan 10 mata kepada pendahulu liga.

Para pemerhati sukan pula menyimpulkan bahawa agak terlambat untuk the Reds untuk mengejar Man City dengan jurang perbezaan besar dengan berbaki 15 permainan lagi.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed