by

Lopak air berusia 25 tahun miliki Instagram

News Sources:

RUSIA: Sebuah lopak air di bandar Yuzhno-Sakhalinsk di sini disifatkan sebagai sangat hebat selepas terbiar tanpa dibaiki hampir seperempat abad. 

Oddity Central melaporkan, lopak air itu malah mempunyai akaun Instagram rasmi dan memiliki seramai 16,000 pengikut. 

Situasi yang kerap berlaku di Rusia dan negara Eropah lain asalnya bermula dengan jalan berlubang kecil sehingga membesar menjadi lopak air besar. 

Ia terjadi pada 1994 dan penduduk tempatan sudah meminta pihak berkuasa tempatan membaikinya. 

Namun, ia hanya menjadi usaha yang sia-sia kerana jadual baik pulih kerap ditangguhkan berulang kali. 

Dalam masa sama, penduduk yang kecewa dikenali sebagai Nikolay memutuskan lopak air berusia 25 tahun itu sudah cukup tua untuk mempunyai akaun Instagram sendiri dan dibuat pada September lalu. 

Komentar sarkastik yang ditulis oleh orang pertama menjadi tular sehingga mendapat perhatian kerajaan tempatan. 

Dalam masa empat hari sejak penubuhannya, laman rasmi media sosial lopak air terkenal itu menerima kunjungan 3,000 pelawat dan selepas seminggu, ia menerima banyak perhatian termasuk dalam media arus perdana. 

Selepas penduduk tempatan memohon kepada kerajaan tempatan untuk membaiki lopak air tersebut pada 2014, kerja pembaikan itu ditangguhkan ke 2017 dan kemudian ke 2024. 

 

 

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed