by

LZS agih 1,250 pek makanan kepada barisan hadapan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini mengagihkan sumbangan pek makanan kepada 1,250 orang petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang sepanjang empat minggu bermula 10 Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M.Yusop berkata, sumbangan pek makanan diagihkan tiga kali seminggu setiap Isnin, Rabu dan Jumaat.

“Ia sebagai tanda sokongan dan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan hospital yang bertungkus-lumus mengawal penularan pandemik Covid-19 sejak Mac tahun lalu.

“Sumbangan bagi meringankan bebanan petugas barisan hadapan yang menghadapi kekangan mendapatkan makanan ketika bertugas pada waktu malam.

“Tambahan pula ketika PKP dilaksanakan, kantin hospital dan premis makanan di luar beroperasi dalam waktu yang singkat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menariknya pek makanan ini disediakan oleh usahawan-usahawan trak makanan LZS yang menyumbang tenaga menyediakan enam menu berbeza sepanjang tempoh tersebut.

“Pek makanan disediakan 100 peratus oleh usahawan asnaf bermula dari memasak, membungkus dan mengedarkan kepada petugas barisan hadapan.

“Langkah itu turut membantu usahawan menjana pendapatan yang terjejas ekoran pandemik Covid-19.

“Sumbangan pek makanan sepanjang tempoh tersebut menggunakan peruntukan amil dan tidak akan menjejaskan bantuan lain terutamanya asnaf fakir dan miskin,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed