by

M. Sugu mengaku bersalah, dikenakan bon berkelakuan baik

News Sources:

IPOH: Suami kepada pencipta kandungan YouTube (YouTuber) sensasi, S. Pavithra terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Sesyen di sini mengenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan jaminan RM8,000 atas kesalahan memiliki senjata berbahaya, tahun lalu.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Sugu, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Mengikut pertuduhan, Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter bertulis ‘Tiger’.

Sugu didakwa memiliki sabit berkenaan di kawasan tempat letak kereta Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada pukul 6 petang, 21 Julai tahun lalu.

Terdahulu, peguam Mohamad Hafiz Jalaludin dan Syahrul Nizam Mohd. Rabi yang mewakili tertuduh meminta mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik kerana tertuduh tidak pernah terbabit dalam kes jenayah mahupun gangsterisme sebelum ini serta dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd. Radzi yang mengendalikan pendakwaan turut bersetuju dengan permohonan pihak pembelaan di mana mengambil kira ia adalah kesalahan kali pertama bagi tertuduh.

Liyana Zawani bagaimanapun menuntut kos pendakwaan dibayar oleh tertuduh memandangkan siasatan yang dijalankan polis sudah lengkap.

Pada 18 September lalu, Sugu yang turut menghadapi pertuduhan atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada isterinya pada Julai lalu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed