by

Mahu vaksin diwajibkan – Utusan Digital

News Sources:

SAUDARA PENGARANG,

PENULARAN pandemik Covid-19 di seluruh dunia amat menakutkan. Begitu juga di negara ini apabila secara tiba-tiba kes meningkat secara mendadak dengan mencatatkan penambahan bilangan kematian.

Pandemik itu secara tidak langsung mengubah persepsi rakyat yang pada awalnya memandang ringan kesan penularannya.

Kini, rakyat terpaksa akur untuk menjalani kehidupan harian dengan norma baharu di samping berharap agar wabak ini terus lenyap dari muka bumi supaya ‘kebebasan’ dapat diperoleh.

Malangnya sehingga hari ini, tidak lagi nampak tanda-tanda untuk dunia kembali sihat. Justeru, banyak negara berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin, termasuk Malaysia dengan harapan dapat menghapuskan pandemik tersebut atau sekurang-kurangnya mengurangkan jumlah jangkitan.

Malaysia bakal menerima 12.8 juta dos bekalan vaksin bekalan mula tahun depan yang mampu menampung keperluan 6.4 juta rakyat.

Saya percaya vaksin itu akan mengutamakan pesakit dan mereka yang lebih memerlukan seperti kontak rapat, orang tua dan kanak-kanak. Namun pada masa sama, saya yakin kerajaan akan terus berusaha untuk mendapatkan lebih bekalan vaksin kerana ia merupakan keperluan yang sangat penting.

Pada pandangan saya, kerajaan perlu mewajibkan suntikan vaksin tersebut kepada rakyat kerana ia amat penting untuk kesihatan sekali gus mengekalkan keamanan negara.

Mungkin vaksin tersebut agak mahal, justeru kerajaan diminta untuk memberi subsidi khas kepada rakyat agar dapat mengekalkan kesihatan serta pada masa sama rantaian penularan Covid-19 boleh diputuskan.

LINA
Melaka





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed