by

Malaysia akan terima lagi vaksin Covid-19

News Sources:

SIMPANG RENGGAM : Selepas Pfizer dan COVAX, kerajaan Malaysia akan memeterai satu lagi perjanjian bersama pihak pembekal dari United Kingdom (UK), AstraZeneca-Oxford berhubung pembelian vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perjanjian itu akan dimeterai pada Isnin ini dan dijangka boleh memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus rakyat Malaysia.

Katanya, perkembangan itu menyaksikan negara kini mempunyai 50 peratus keperluan vaksin menerusi dua perjanjian dimeterai dengan beberapa pihak sebelum ini.

“Sebelum ini, kita telah menandatangani perjanjian bersama syarikat farmaseutikal, Pfizer untuk keperluan 20 peratus manakala COVAX pula untuk 10 peratus.

“Oleh demikian, kita perlu lagi 20 peratus untuk memenuhi keperluan 70 peratus vaksin rakyat Malaysia. Oleh itu, kita sedang meneliti untuk menarik lagi pengeluar vaksin bagi mencukupkan keperluan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan UTMShield di Dewan Muafakat Simpang Renggam di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin dengan syarikat farmaseutikal, Pfizer bagi membolehkan negara mendapatkan 12.8 juta dos bekalan vaksin Covid-19.

Malah pada 22 November lalu, Malaysia juga telah menandatangani perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk mendapatkan vaksin Covid-19 bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus rakyat Malaysia.

Dalam masa sama, Dr. Adham menambah bekalan vaksin dijangka tiba di negara pada suku pertama 2021.

Katanya, pihak pembekal vaksin namun perlu mendapatkan kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan kelulusan regulatori dari negara pengeluar.

“Malah juga perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum vaksin ini boleh digunakan di Malaysia.

“Yang penting selamat, cepat dan berkualiti untuk rakyat Malaysia

“Sekiranya ini selesai, maka, kita boleh vaksinkan masyarakat dengan pertama sekali adalah di dalam kalangan petugas barisan hadapan pada awal 2021,,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed