by

Malaysia ambil pendekatan pelan B, tambah 10% lagi vaksin AstraZeneca

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia mengambil pendekatan ‘pelan B’ untuk menambah pembelian vaksin Covid-19 meliputi 10 peratus lagi populasi negara ini daripada syarikat AstraZeneca menerusi fasiliti Covax.

Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia menyertai Covax melalui optional purchase agreement yang lebih relevan kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana. 

Kata beliau, sebagai global solidariti dalam fasiliti itu, Malaysia membeli 6.4 juta dos vaksin Covid-19 dari AstraZeneca iaitu tambahan 6.4 juta dos yang telah dibeli secara rundingan terus dengan syarikat farmaseutikal tersebut.

“Kita menjangkakan penghantaran vaksin AstraZeneca dari Covax itu yang sedang dimktamadkan ini iaitu antara Mac hingga Jun tahun depan. Namun, jumlah dos yang akan dihantar dalam tempoh itu belum diketahui,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Khairy, bekalan vaksin daripada syarikat Pfizer dijangka diterima pada Februari depan dan bekalan vaksin secara rundingan terus dengan AstraZeneca pada suku kedua April atau Mei 2021.

Katanya, kerajaan juga dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan tambahan jaminan bekalan vaksin melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta iaitu melebihi sasaran asal memastikan liputan vaksin kepada 70 peratus rakyat.

Kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai setakat ini, kerajaan akan membelanjakan keseluruhan US$504.4 juta (RM2.05 bilion).

Dalam pada itu, Khairy berkata, kedudukan kewangan negara tidak sebesar negara maju seperti Kanada yang mampu membeli vaksin Covid-19 lima kali ganda populasi negara itu.

Jelas beliau, ini termasuk soal penerimaan vaksin lebih awal berbanding negara lain susulan Singapura menjadi negara pertama di Asia menerima vaksin Pfizer pada Isnin lalu.

Katanya, kemampuan Singapura adalah berbeza dengan Malaysia dari sudut kewangan selain negara tersebut menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal lebih awal.

Begitu juga dengan Indonesia yang  mendapat vaksin Sinovac lebih awal kerana negara itu dipilih sebagai lokasi ujian klinikal fasa ketiga.

Khairy berkata, kerajaan mengambil masa untuk mendapatkan terma perjanjian yang sebaik mungkin. 

“Kita tidak terlalu cepat tetapi bukan perlahan sangat. Jikalau itu menyebabkan perbezaan masa dua bulan (bagi mendapatkan vaksin), saya rasa ia munasabah,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed