by

Malaysia bakal dapat 6.4 juta dos lagi vaksin Covid-19

News Sources:

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi mendapat bekalan 6.4 juta dos lagi vaksin Covid-19.

Dengan perjanjian itu ia memberikan tambahan 10 peratus lagi bekalan vaksin yang bakal diterima negara ini.

Ini bermakna kerajaan kini memperoleh keseluruhan jaminan bekalan sebanyak 40 peratus, termasuk menerusi dua perjanjian yang dimeterai sebelum ini bersama fasiliti COVAX dan Pfizer.

Sebelum ini hasil daripada  perjanjian dengan COVAX dan Pfizer, Malaysia dijadualkan menerima bekalan yang meliputi 30 peratus rakyat negara ini.

“Kerajaan juga dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya bagi mendapatkan tambahan jaminan bekalan vaksin melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta,” kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video berhubung perkembangan terkini isu itu yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Kerajaan sebelum ini menyasarkan untuk memastikan liputan vaksin kepada 70 peratus rakyat.

Perdana menteri berkata melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai setakat ini, kerajaan akan membelanjakan keseluruhan US$504.4 juta (RM2.05 bilion). – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed