by

Malaysia catat kes sembuh tertinggi 3,321, kes baharu 2,295 kes

News Sources:

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan kes harian sembuh tertinggi sejak Covid-19 melanda negara iaitu sebanyak 3,321 kes.

Bagaimanapun bagi kes baharu pula, Malaysia mencatatkan kes tertinggi untuk hari kedua berturut-turut iaitu 2,295 kes untuk dua hari pertama tahun 2021.

Terdapat 125 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan serta sembilan kematian dan sembilan kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor menjadi negeri tertinggi kes baharu iatu 638 kes diikuti Johor, 580 kes; Pulau Pinang, 288 kes dan Sabah, 259 kes serta Kuala Lumpur, 156 kes.

“Sebanyak 229 kluster aktif sedang dipantau dan daripada jumlah itu, sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Harum (206 kes), Kluster Bukit Pasir (174 kes) dan Kluster Tapak Bina Lebuh (137 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed