by

Malaysia Live! alternatif peminat muzik

News Sources:

KUALA LUMPUR: Berdiri atas niat murni, sebuah konsert virtual, Malaysia Live! bakal menggabungkan nama-nama besar antaranya Datuk M. Nasir, Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan ramai lagi artis yang bakal menjayakannya.

Bakal ditayangkan secara langsung dalam dua sesi berbeza, 22 dan 29 Januari ini, konsert yang dijayakan Gabung Cipta itu bakal diterbitkan oleh Jennifer Thompson dan mendapat sentuhan pengarah muzik terkemuka, Datuk Acis.

“Ini adalah konsert siri sebagai usaha mengekalkan dan memulakan acara konsert secara langsung atas talian bukan hanya untuk artis-artis tanah air malah juga bagi pembekal, jurutera, venue, pekerja dan perniagaan di belakang tabir yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

“Siri konsert tersebut akan bermula dengan live-streaming dua episod pengenalan pada Januari ini.  Ia bukan sekadar menjana pekerjaan malah juga untuk menghiburkan peminat muzik.

“Secara tidak langsung embawa sedikit sebanyak keterujaan konsert live walaupun dilangsungkan secara maya. Kedua-dua konsert ini akan meraihkan artis-artis pendatang baru dan ternama dalam industri muzik,” kata Gabung Cipta menerusi satu kenyataan.

Konsert ini telah dirakam secara langsung tanpa penonton di KL Live @ Life Centre bakal diiringi oleh pemuzik-pemuzik tersohor antaranya, Acis  (keyboard dan pengarah muzik), Fendi Mokhtar (dram) dan Jenny Chin (keyboard).

“Episod pertama bakal menampilkan Aizat Amdan, DOLLA, Hael Husiani, Haqiem Rusli, Jaclyn Victor, Noh Salleh, Yonnyboii dan Zynakal. 

“Episod kedua pula menampilkan Ismail Izzani, Kmy Kmo & Luca Sickta, Ruffedge, Shalma Eliana, Tuju dan Zizi Kirana. Kedua-dua konsert akan ditayangkan pada pukul 9 malam,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed