by

Manchester United bukan pesaing juara EPL

News Sources:

LONDON – Manchester United tidak boleh dianggap pesaing gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas berjaya diikat Everton di Old Trafford awal pagi tadi.

The Red Devils yang dianggap akan memperolehi tiga mata penuh dengan mudah dalam aksi awal pagi tadi bagaimanapun dikejutkan oleh Toffees dengan keputusan 3-3 di Theatre of Dreams.

Tuan rumah telah mendahului pelawat dengan keputusan selesa 2-0 separuh masa pertama menerusi tandukan kencang Edinson Cavani dan Bruno Fernandes.

Bagaimanapun sejurus selepas separuh masa kedua bermula mereka mula hilang arah apabila pasukan pelawat bangkit dengan gol penyamaan pada minit ke-49 menerusi Doucoure dan James Rodriguez pada minit ke-52.

Kelemahan bek pertahanan Manchester United diketuai Harry Meguire yang hilang fokus menyebabkan skuad kendalian Carlos Ancelotti berjaya menggunakan peluang untuk menyamakan kedudukan.

Namun McTominay berjaya meletakkan kembali pasukan di hadapan menerusi tandukan menarik pada minit ke-70.

Malangnya, sikap bek pertahanan yang main sambil lewa sekali lagi menyebabkan pemain berbisa the Toffees, Calvert-Lewin berjaya menjadi pemusnah tiga mata penuh Manchester United apabila menjaringkan gol penyamaan ketiga pada minit kecederaan tambahan ke-95 sekaligus perlawanan berakhir dengan keputusan 3-3.

Kini Manchester United ketinggalan dua mata di belakang pendahulu liga Manchester City yang mempunyai akan beraksi di Anfield awal pagi esok dengan kelebihan dua perlawanan tambahan.

Mengulas mengenai situasi teratas takhta liga, Solskjaer memberitahu SkySports, mereka tidak fokus kepada menang gelaran EPL.

“Kami telah mengharungi perjalanan yang jauh dalam liga selama ini dan tidak seharusnya dianggap pesaing gelaran EPL.. Ia hanya untuk media menulis sedemikian..

“Kami sebagai pasukan akan tunggu lihat di mana perjalanan kami berakhir pada akhir musim ini nanti,” katanya.

Dalam tiga perlawanan sebelum ini, Manchester United yang sepatutnya menang mudah telah keciciran mata penuh akibat kelemahan bek pertahanan sama dibarisi Harry Meguaire.

Skuad Solskjaer sahaja perlu bertanggungjawab atas kegagalan mendapat tiga mata penuh dalam perlawanan yang sepatutnya menang selesa semalam apabila gol Cavani dan Fernandes disia-siakan akibat kelemahan bek pertahanan yang tidak beraksi lebih serius dan komited.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed