by

Manchester United tak patut dapat penalti

News Sources:

LONDON: Dean Smith mendakwa Paul Pogba sengaja menjatuhkan diri bagi membolehkan Manchester United mendapat sepakan penalti ketika menang menundukkan Aston Villa 2-1 pagi tadi.

Villa berjaya mengikat United 1-1 menerusi Bertrand Traore selepas  Red Devils terlebih dulu berada di hadapan hasil jaringan Anthony Martial.

Bagaimanapun segalanya berubah selepas Pogba sengaja menjatuhkan diri ketika dicabar pemain tengah Douglas Luiz.

Pengadil Michael Oliver memberikan sepakan penalti yang kemudiannya disempurnakan Bruno Fernandes dan pengendali Villa, Smith menegaskan bahawa Luiz tidak menyentuh Pogba dalam cabaran itu.

DEAN SMITH

“Pada mulanya saya merasakan ia sepakan penalti tetapi selepas perlawanan yang melihat semula rakaman itu dan jelas Pogba terjatuh sendiri. Saya tidak faham kenapa Michael tidak melihat semula rakaman itu.

“Bukankah itu kegunaan VAR (video bantuan pengadil) ? Dia tersadung kaki sendiri. Selepas melihat rakaman, memang ia jelas bukan sepakan penalti,” kata Smith kepada Skysports.

Dalam perkembangan sama, Smith jelas tidak gembira dengan permulaan Villa tetapi berpuas hati dengan aksi babak kedua.

“Dalam 15 minit pertama memang teruk. Kemudian kami meningkat kelajuan permainan dan selayaknya berada di hadapan,” katanya. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed