by

Mangsa banjir di Kelantan berkurangan

News Sources:

KOTA BHARU: Banjir melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu beransur pulih apabila jumlah mangsa di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 2,453 orang hari ini.

Menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, tiga jajahan yang masih terjejas ialah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Pasir Mas merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi dipindahkan ke PPS iaitu seramai 1,394 orang diiikuti Kuala Krai (837 orang) dan Tanah Merah (222 orang).

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih melepasi paras bahaya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed