by

Mangsa banjir di Perak berkurangan

News Sources:

IPOH: Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan kepada 423 orang hari ini yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 520 orang semalam.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, tiga PPS ditutup hari ini iaitu di Dewan Bandaran Gopeng, Dewan MPTI, Langkap dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Slim.

Menurutnya, satu PPS dibuka di Daerah Hulu Perak iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Perak, Gerik yang menempatkan 13 mangsa.

“Daerah Hilir Perak masih mencatat bilangan mangsa paling tinggi yang ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Serbaguna Chikus (113), Dewan MPTI Teluk Intan (253) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Langkap (44).

“PPS di Dewan Serbaguna Dato’ Azman Mahalan, Kuala Dipang di Kampar menempatkan 25 mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed