by

Mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 183 orang

News Sources:

SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Bestari Jaya, Kuala Selangor meningkat daripada 159 ke 183 orang setakat ini.

Susulan itu, dua PPS baharu di Hulu Bernam dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Baru A (Hulu Bernam) dan Balai Raya Kampung Alah Batu (Gedangsa) berbanding sebelum ini di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah (Selisik).

Ketua Bomba Zon Hulu Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, seramai 128 mangsa berada di di tiga PPS di daerah itu sehingga pukul 8.30 pagi tadi.

“Mereka yang terdiri daripada 39 keluarga ditempatkan di semua PPS tersebut.

“Dua daripada PPS ini dibuka petang semalam dan mangsa turut melibatkan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, lokasi banjir di Hulu Selangor itu melibatkan Kampung Belakang Sekolah, Kampung Sekolah, Kampung Sungai Nilam, Kampung Serigala, Kampung Masjid, Kampung Paya Lebar dan Kampung Alah Batu.

Dalam pada itu, Samsol berkata, paras air di beberapa kampung yang terjejas didapati mula surut berbanding semalam.

“Bagaimanapun, kita mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan kenaikan semula air. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Sektor Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Mohd. Izzuddin Ismail berkata, seramai 55 mangsa dari Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang setakat ini.

“Jumlah ini meningkat seramai lima orang berbanding 50 semalam dan mereka melibatkan 17 keluarga termasuk dua bayi lelaki.

“Pemantauan mendapati paras air di kampung ini mula surut namun PPS masih dibuka kepada semua mangsa banjir,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed