by

Mangsa banjir Pahang kini lebih 18,400 orang

News Sources:

KUANTAN: Bilangan mangsa banjir di Pahang terus melonjak kepada lebih 18,400 orang setakat pukul 5 petang tadi berbanding 15,000 orang semalam.

Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah tersebut membabitkan lebih 4,900 keluarga yang ditempatkan di 237 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut sumber itu, Maran masih mencatat angka tertinggi 4,547 mangsa membabitkan 1,297 keluarga.

Daerah Kuantan pula merekodkan kedua tertinggi 2,947 orang melibatkan 775 keluarga, diikuti Temerloh 2,584 mangsa daripada 691 keluarga.

Sementara itu, 632 keluarga melibatkan 2,433 mangsa di daerah Lipis serta 635 keluarga di Raub membabitkan 2,345 orang.

Jerantut merekodkan 1,966 mangsa daripada 466 keluarga, diikuti Rompin 966 mangsa melibatkan 250 keluarga serta Pekan 309 orang (80 keluarga). 

Dalam pada itu, daerah Bera dan Bentong masing-masing 196 dan 166 mangsa melibatkan 50 serta 27 keluarga.

Bilangan mangsa dijangka terus meningkat berikutan sungai-sungai utama telah melepasi paras bahaya serta keadaan cuaca tidak menentu di beberapa kawasan. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed