by

Mangsa di Johor terus meningkat

News Sources:

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan peningkatan kepada 3,603 orang berbanding 3,145 banjir yang ditempatkan di 42 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, bencana banjir turut dilaporkan di daerah Kluang yang merekodkan seramai 73 mangsa daripada 17 keluarga.

Katanya, ini menjadikan daerah yang terkesan akibat banjir bertambah kepada enam daerah iaitu Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai.

“Setakat pukul 4 petang tadi, Kota Tinggi merupakan daerah yang teruk terjejas apabila merekodkan seramai 2,219 mangsa daripada 594 keluarga di 23 PPS.

“Sementara itu, di Johor Bahru pula, seramai 1,104 mangsa dicatatkan daripada 331 keluarga yang dipindahkan ke 13 PPS yang dibuka sehingga kini,” katanya dalam kenyataan di sinii hari ini.

Vidyananthan berkata, seramai 104 mangsa direkodkan di Kulai membabitkan 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Murni Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu.

Katanya, mangsa banjir di Segamat melibatkan seramai 81 orang manakala di Mersing pula membabitkan 22 mangsa.

Habis//





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed