by

Maqis rampas 3 kontena daging seludup bercampur aduk

News Sources:

PUTRAJAYA: Sebuah gudang sejuk beku di Puchong, Selangor yang menyimpan daging diragui status halalnya dibongkar Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Kejayaan itu hasil serbuan bersama-sama polis dan pelbagai agensi lain, Jumaat lalu yang menemukan tiga kontena berisi daging dipercayai diseludup dari luar negara di situ.

Penemuan itu menjadi kes kedua selepas sebuah gudang sejuk beku produk daging dikhuatiri tidak halal di Johor Bahru, Johor yang menggemparkan negara awal Disember lalu.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati, sumber daging yang ditemukan itu bercampur aduk antara daging dari rumah sembelihan yang diluluskan dan tidak diluluskan oleh kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut kenyataan itu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 11 dan 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu mengimport keluaran pertanian tanpa permit, lesen atau perakuan serta gagal mematuhi syarat permit import.

“Jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah, pesalah itu boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 11(3) akta sama,” katanya.

“Maqis sangat komited dalam memastikan isu melibatkan aspek halal, keselamatan makanan dan kawalan penyakit dapat segera dibendung serta dikawal,” kata kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed