by

Maritim Malaysia komited pertahan perairan negara

News Sources:

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berikrar tetap meneruskan komitmen dalam mempertahankan perairan negara daripada pencerobohan nelayan asing.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Datuk Mohd. Zubil Mat Som ketika memberi jaminan itu berkata, pihaknya serius meskipun sedar bahaya Covid-19 yang mungkin dibawa nelayan terbabit.

“Kita melaksanakan operasi dengan penuh komitmen walaupun berdepan risiko dijangkiti pandemik itu dan ternyata hasil kesungguhan tersebut telah membuahkan kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Ulang Tahun ke-16 Maritim Malaysia yang julung kali dibuat secara maya tanpa istiadat perbarisan susulan pematuhan kebiasaan baharu.

Majlis bertema ‘Kami serius melaksanakannya’ itu disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Mohd. Zubil yang baru dilantik sebagai peneraju kelima agensi itu pada 19 Ogos lalu berkata, isu pencerobohan bot perikanan asing memang mencabar Maritim Malaysia.

“Sebagai contoh ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac tahun lalu, Maritim Malaysia dilarang menahan bot asing kerana dibimbangi kluster import dibawa nelayan itu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, tindakan pengusiran keluar daripada perairan negara masih tidak berkesan kerana mereka semakin berani menceroboh sehingga dikritik netizen tempatan.

Oleh yang demikian Maritim Malaysia melancarkan Op Kuda Laut sejak 24 Jun lalu yang berjaya menahan 75 buah bot nelayan asing serta 820 kru rakyat luar dengan nilai rampasan dianggarkan RM112.5 juta. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed