by

Martabatkan semula kebaya Perlis – Utusan Digital

News Sources:

KANGAR: Kerajaan negeri akan mengenengahkan semula pemakaian kebaya Perlis dalam usaha memartabatkan busana tersebut sebagai identiti dan seni warisan budaya di negeri ini.

Pengerusi Jawatan kuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Asmaiza Ahmad berkata, kebaya Perlis telah dipakai oleh golongan istana dan bangsawan di negeri ini sejak tahun 1930-an lagi.

Katanya, pemakaian tersebut kemudian menjadi ikutan kepada rakyat untuk ke majlis-majlis seperti kenduri apabila melihat ia digayakan oleh golongan atasan.

“Pada tahun 2006 dahulu, pemakaian kebaya Perlis ini sudah mula diketengahkan kembali, bagaimanapun, selepas itu perkembangannya agak perlahan. Sebab itulah kerajaan negeri mahu mengalakkan rakyat Perlis khususnya wanita untuk memartabatkan pakaian ini sebagai seni warisan dan budaya.

“Saya ingin menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan wanita dan ketua-ketua jabatan wanita untuk memilih kebaya Perlis sebagai tema pakaian apabila sesuatu program itu diadakan,” katannya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kangar, di sini hari ini.

Terdahulu diadakan satu sesi mengambil ukuran badan terdiri daripada sebahagian kakitangan di kompleks tersebut oleh pereka fesyen untuk dijadikan busana kebaya Perlis.

Sementara itu, Asmaiza berkata, seramai 15 usahawan dalam bidang jahitan juga telah dilatih kemahiran menjahit kebaya Perlis bagi memastikan rakyat negeri ini mempunyai pilihan untuk menempah pakaian tersebut daripada mereka yang terlatih. 

Beliau memberitahu, idea untuk mengenengahkan semula pemakaian kebaya Perlis timbul apabila ada tetamu dari luar yang bertanyakan jenis pakaian yang berasal daripada negeri ini.

“Saya pun pada masa itu tidak tahu dekat mana untuk mendapatkannya kerana sukar didapatkan di pasaran. Rentetan itu, saya lihat ada keperluan untuk mewujudkan pusat sehenti untuk mendapatkan kebaya Perlis. 

“Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang mempunyai pusat kegiatan sendiri akan diminta untuk mewujudkan pusat sehenti ini bagi membolehkan orang ramai atau pelancong untuk mendapatkannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap kebaya Perlis menjadi sebahagian daripada etika pemakaian yang dikenakan pada hari tertentu seperti setiap hari Jumaat bagi sektor awam apabila semakin ramai yang mengayakan busana tersebut. -UTUSAN ONLINE

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed