by

Masih lepasi 3,000 kes – Utusan Digital

News Sources:

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 terus mencatatkan melebihi 3,000 kes iaitu 3,384 kes dengan kes sembuh mengatasi kes baharu sebanyak 3,774 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Nor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 13 kematian lagi direkodkan dengan 259 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi manakala 122 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Jumlah kumulatif kes baharu positif merekodkan 254,988 kes manakala kes sembuh 202,269 kes.

“17 kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan 13 kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan masing-masing satu kluster pusat tahanan dan kumpulan berisiko tinggi. Jumlah kes baharu bagi kesemua kluster tersebut adalah 687 kes,” katanya.

Menurut Noor Hisham, Selangor masih merekodkan kes melebihi 1,000 kes iaitu 1,082 kes diikuti Johor dengan 777 kes, Kuala Lumpur, 435 kes dan Kedah 228 kes.

Katanya, sebanyak 93 kes adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (35 kes), Kluster Tembok Taiping (24 kes), Kluster Tembok Bendera (14 kes), Tembok Bukit Besi (11 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (6 kes), Kluster Tembok Renggam (dua kes), dan Kluster Tembok Mempaga (satu kes).

Beliau memberitahu, kes-kes kematian melibatkan masing-masing tiga kes di Selangor dan Sabah, dua kes di Johor dan Terengganu serta satu kes di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Sarawak dengan dua daripadanya melibatkan bukan warganegara.

Mengenai 17 kluster baharu itu, Noor Hisham berkata, ia melibatkan Kluser Tapak Bina Lembah Subang di Petaling, Selangor (28 kes); Kluster Subang Delima juga di Petaling (15 kes); Kluster Jalan Bukit Sentosa di Hulu Selangor (14 kes); Kluster Jalan Berhala di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (21 kes) dan Kluster Jalan Telawi juga di Lembah Pantai dan Titiwangsa (21 kes) serta Kluster Bukit Angkasa di kawasan sama Lembah Pantai (20 kes).

Selain itu, katanya, turut direkodkan Kluster Jalan Air Hitam di Kulai, Johor (108 kes); Kluster Kampung Tanjung Selabu di Muar, Johor (92 kes); Kluster Jalan Perindustrian Getah di Kulai dan Kota Tinggi, Johor (102 kes); Kluster Jalan Raja Muar di Muar (59 kes); Kluster Jalan Gemilang Lima di Johor Bahru (42 kes) serta Kluster Jalan Bakawali Ramun di Kota Tinggi, Johor (lapan kes).

“Kluster Tembok Bendera pula melibatkan Kinta dan Batang Padang, Perak (21 kes); Kluster Nanga Lijan di Julau, Sarawak (23 kes); Kluster Perdana di Kuala Muda, Kedah (233 kes); Kluster Dedap di Yan, Kedah (11 kes) dan Kluster Jalan Bukit Baru di Melaka Tengah dan Jasin, Melaka (11 kes),” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed