by

Masih terima RM420,000 seminggu biarpun dipecat

News Sources:

LONDON: Frank Lampard perlu mendapat tawaran kerja yang sukar ditolak kerana ketika ini dia masih menikmati gaji lumayan 1.8 juta pound (RM10.1 juta) daripada Chelsea biarpun sudah dipecat bulan lalu.

Ketika dipecat, Blues tidak membayar baki kontrak Lampard selepas mereka menukar polisi ekoran terpaksa membayar pampasan tinggi ketika melepaskan Jose Mourinho.

Bagaimanapun Lampard masih menikmati gaji 75,000 pound (RM420,000) seminggu dan akan terus menerima gaji sehingga Julai, kecuali jika dia mendapat kerja  lain.

Bekas bintang Chelsea itu difahamkan gembira dengan situasi tersebut selepas melalui musim yang sukar.

Memandangkan musim ini bakal berakhir tidak lama lagi, Lampard enggan terburu-buru mencari pasukan baharu, sebaliknya mahu menikmati masa terluang bersama keluarga.

Jika dia mendapat kerja di tempat lain  musim ini, Chelsea akan menghentikan pembayaran gajinya.

Lampard digantikan oleh bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed