by

Maut ditimpa lampu limpah – Utusan Digital

News Sources:

RENNES: Petugas padang Lorient meninggal dunia selepas ditimpa lampu limpah padang sebaik saja tamat perlawanan Ligue 1 membabitkan kelab berkenaan yang tumpas 0-3 kepada Rennes.

Datuk Bandar Lorient, Fabrice Loher mengesahkan berita berkenaan selepas laporan meluas dalam kalangan media Perancis mengenai insiden itu.

“Seorang petugas pasukan penyelenggaraan padang yang bekerja untuk kelab itu meninggal dunia selepas lampu padang jatuh secara tidak sengaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang pemain gantian Rennes menyedari perkara berkenaan kerana mereka masih lagi di dalam padang ketika kemalangan berkenaan berlaku.

Pemain dan petugas perubatan bergegas ke dalam padang untuk membantu dan ia disertai anggota bomba sejurus kemudian.

Ada yang berada di tepi padang dalam keadaan terkejut tatkala petugas cuba untuk menyelamatkan lelaki berusia 38 tahun itu namun disahkan meninggal dunia di hospital. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed