by

Mayat lelaki ditemukan dalam belukar

News Sources:

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki dalam keadaan separa reput ditemukan dalam belukar di Jalan F, Kampung Pandan Dalam, Ampang dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan itu oleh orang awam pada pukul 7.35 malam.

“Siasatan mendapati mayat adalah lelaki dewasa dan lengkap berpakaian namun tiada dokumen pengenalan diri ditemukan bersama.

“Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan. Mayat telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Mukriz untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Mohd. Azam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil bagi memberi keterangan di Balai Polis Ampang atau hubungi 03-42897417 untuk menyalurkan maklumat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed